About Me

My photo
Cikgu Idris Bin Mohamed 0139504788 akademi silat kuntom pusaka (cimb) 860 056 5711 https://akademisilatkuntompusaka.wordpress.com/ http://tenagadalamhaqsufi.blogspot.com/ http://silatlaksamanasinga.blogspot.com/ http://kelabtomoinagahitam.blogspot.com/
Showing posts with label PERGURUAN SENI SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA. Show all posts
Showing posts with label PERGURUAN SENI SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA. Show all posts

Saturday, November 12, 2011

SILIBUS SILAT (PSSPKL)

1.     SILIBUS PEMBELAJARAN

 PERINGKAT
BENGKONG 
PELAJARAN 
TAHAP 1
PUTIH
Persilatan
1.Senaman Fizikal
2.Tari Silat Sembah Perguruan
3.Asas Pukulan
4.Pukulan menanti Silat
5.Tari Silat Adab Penutup

TAHAP 2
HITAM
Persilatan
6.Langkah tapak 3
7.Langkah Tapak 4
8.Seni Kuncian Silat
9.Pelepas Kuncian
10.Gerak Gulingan
11. Silat olahraga
11. Seni Tongkat sehasta dan panjang

 TAHAP 3
KUNING
Kuntau
1.Gerak Kuntau tepat
2.Jurus Kuntau pattani
3.Gerak tempur olahraga
4.Seni Tekpi
5.Seni Parang
6.Seni Nafas Panglima Tahap 1

TAHAP 4
MERAH
Penamat
1.Gerak Seni Seligi
2.Gerak Silat Tomoi
3.Seni Tempur
4.Seni Keris
5.Mengambil serangan senjata
6. Seni Nafas Panglima Tahap 2




JADUAL LATIHAN



KELAS
LOKASI
HARI
MASA
1
SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA
SEKSYEN 15 SHAH ALAM
SELASA
9.00 PM
2
MUAY THAI - TOMOI NAGA HITAM
RABU / JUMAAT
9.00 PM
3
TADAH KUNTAU MUAR
SELASA
10.00 PM
4


5



6
PERSONAL KELAS


KARATE KYOKUSHIN KAIKAN

SANG MOO DO
IKUT HARI DAN MASA ANDA

ISNIN 



ISNIN



10.00 PM



9.00 PM
 



Sunday, November 6, 2011

PAKAIAN PERGURUAN - PSSPKL



Pakaian Latihan
1.      Berbaju Silat hitam lengkap berbengkong mengikut tahap dan bertanjak (bertengkolok bagi lelaki)

2.      Bagi persilat perempuan berbaju silat lengkap berbengkong mengikut tahap dan bertudung hitam (Bagi yang muslimah) bagi yang bukan muslim bertanjak atau bertengkolok.

3.      Bagi Gurulatih memakai selendang mengikut peringkat dan memakai keris perguruan.


ADAT BUKA & TUTUP GELANGGANG - PSSPKL



Latihan dimulakan dengan adat pembukaan gelanggang dan diakhiri adat penutupan gelanggang. Upacara ini disempurnakan dengan membaca ayat-ayat berikut:

1.   Surah al Fatihah (1x) 

2.   Doa (buka) pohon keselamatan sepanjang latihan daripada sebarang bahaya.

3.   Doa (tutup) kesyukuran kerana latihan berjaya ditamatkan dengan baik dari mula hingga   
       akhir dan semoga mendapat keredhaan serta rahmat daripada Allah s.w.t.

4.  Senaman regangan otot.

SYARAT-SYARAT KEAHLIAN



1.Akademi Silat Kuntom Pusaka menerima ahli lelaki dan perempuan yang   
    berumur dari golongan:

a)      Ahli Remaja berumur 9 tahun ke atas

b) Ahli Biasa berumur 18 tahun ke atas

2. Permohonan keahlian remaja hendaklah disertakan dengan kebenaran bertulis dari     
    ibubapa/penjaga yang sah.

3.Ahli remaja tidak boleh mengundi dan memegang jawatan di peringkat Pusat dan Negeri.

4.Keahlian Akademi Silat Kuntom Pusaka di buka kepada semua tanpa mengira bangsa dan   
    agama.

5.Setiap Ahli yang berdaftar akan menerima Kad Keahlian berseta kod ahli yang sah.

6. Tidak terlibat dengan jenayah dan sebarang najis dadah.

7. Memberitahu sejarah sebarang penyakit (Jika Ada Untuk di rekod)

SEJARAH PENUBUHAN

            SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA adalah diasaskan oleh Guru Utama En. Idris Bin Mohamed. Hasil daripada pengalaman beliau dalam dunia persilatan dan beladiri semenjak dibangku sekolah rendah lagi. Silat ini adalah gabungan daripada Silat melayu,kuntau dan juga tomoi. Gabungan ini adalah untuk memantapkan lagi pukulan, membina fizikal yang mantap serta mengekalkan tari silat melayu sebagai adat bagi memartabatkan seni warisan melayu supaya ia tidak di tenggelam dek zaman.

SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA di tubuhkan pada Januari 2011 hasil daripada mesyuarat ahli jawatan kuasa organisasi mendapat kata sepakat untuk di daftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan sebagai sukan seni silat dan olahraga.Ini adalah bertujuan untuk mendidik anak-anak muda mendekatkan diri di dalam arena sukan silat juga menggalakkan anak muda minat dalam seni warisan melayu supaya tidak pupus.
             
           Gelanggang utama telah dibuka di halaman rumah kampung kenangan puchong dan telah bergiat membuat latihan 2 kali seminggu. SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA juga telah melahirkan jurulatih dan telah membuka cawangan di Muar,Skudai (Johor), Puchong Selangor dan Bangi Kuala Lumpur. Kami menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan konsep amalan hidup sihat, mengelakkan budaya kurang sihat dikalangan remaja dan juga memupuk semangat 1 Malaysia sebagai keharmonian perpaduan dalam masyarakat.

SILIBUS PEMBELAJARAN


 PERINGKAT
BENGKONG 
PELAJARAN 
TAHAP 1
PUTIH
Persilatan
1.Senaman Silat Tua
2.Tari Adab Sembah Perguruan
3.Asas Pukulan
4.Buah Pukulan Kuntom
5.Gerak tapak 3

kuntao
6. Pelebat Kuntau tepat - 1
TAHAP 2
HITAM
Persilatan
7. Gerak Tapak 4 laksmana
8. Cekak Rimau
9. Pelepas Cekak
10.Jurus Gegu
11.Jurus Panglima
11. Seni Tongkat sehasta dan panjang
 TAHAP 3
KUNING
Kuntau
1.Gerak Kuntau tepat - 2
2.Gerak Kuntau Tomoi
3.Gerak tempur olahraga
4.Seni Tekpi
5.Seni Parang
6.Seni Nafas Panglima Tahap 1
TAHAP 4
MERAH
Penamat
1.Gerak Seni Seligi
2.Gerak Silat Tomoi
3.Seni Tempur
4.Seni Keris
5.Mengambil serangan senjata
6. Seni Nafas Panglima Tahap 2







JURULATIH DAN GURU GELANGGANG
Setiap ahli yang sudah tamat dan khatam boleh menjadi jurulatih dengan syarat mengambil kursus yang dianjurkan oleh akademi. Ini adalah bertujuan melahirkan jurulatih yang berpotensi serta mengetahui segala peraturan dan syarat-syarat akademi.
Jurulatih yang telah ditauliah mengikut istihadat silat melayu telah dibahagikan 3 peringkat dan tahap ke empat adalah sebagai guru gelanggang adalah seperti yang berikut : -
PERINGKAT
SELENDANG
KURSUS
BENGKUNG DAN TANJAK DAN SAMPIN
JURULATIH TAHAP 1
KUNING
Boleh mengajar tahap 1 dan 2 sahaja. Kerohanian Tahap dasar.
MERAH SONGKET
JURULATIH TAHAP 2
KUNING JALUR MERAH
Boleh mengajar tahap 1,2 dan 3 sahaja. Jurus 5 buah dan kerohanian tahap master.
MERAH SONGKET
GURU MUDA
MERAH
Boleh mengajar TAHAP 1 HINGGA 4 dan Menguasai semua teknik permainan, Jurus dan kerohanian peringkat Grandmaster Boleh mengijazahkan kerohanian.
MERAH SONGKET
GURU UTAMA
MERAH JALUR KUNING EMAS
PENGASAS AKADEMI
HITAM SONGKET

  • Kenaikan Bengkong dan  Sijil Jurulatih & Gurulatih akan dikeluarkan oleh Akademi Guru Utama.
  • Setiap peringkat dan tahap akan menjalani ujian kenaikan dan lulus akan dikeluarkan sijil kenaikan oleh akademi.
  • Setelah tamat 4 peringkat akan di buat majlis khatam dan tamat latihan dengan sempurnaya mengikut istihadat persilatan (Sijil Khatam akan di keluarkan oleh pihak akademi)