Salam..Alhamdulillah Majlis mandi minyak telah pun berjalan dengan lancar bagi ahli persilatan dan ahli tomoi...
Mengapa Mandi Minyak????
Jawapannya yang saya bawa ini adalah
1. sebagai salah satu adat istihadat orang melayu didalam perguruan.
2. Sebagai petua warisan bagi kekuatan fizikal dan rohani.
3. Sebagai salah satu majlis silaturrahim.
Itu sahaja yang dapat saya terangkan kerana ia bukanlah ilmu mistik atau ghaib adalah sebagai ilmu fizikal kekuatan mental seseorang dari menahan kepanasan dan kesakitan. Ia juga melancarkan segala saraf dan darah. disamping memulakan dengan bertawassul dan doa supaya mendapat keberkatan, kesihatan dan kekuatan fizikal serta rohani.
Jadi ia tidak diterangkan secara khusus kenapa perlu mandi minyak.Pada ketika dahulu mandi minyak juga bukan sahaja di amalkan oleh ahli silat dan tomoi, Ia juga diamalkan oleh masyarakat umum untuk membaiki saraf dan melancarkan peredaran zaman.Ada juga digunakan oleh tukang-tukang urut semasa proses mengurut tubuh pesakit. Di zaman ini jarang ia digunakan kerana banyak mesin-mesin terapi dan teknologi terkini.
November 2012, 10:00 PM
No comments:
Post a Comment