Salam semua pengunjung blog Akademi..
Istilah
khatam silat memang dinanti - nantikan oleh semua ahli perguruan.Tapi
sebenarnya untuk apakah kita berkhatam? adakah untuk tamat pada
satu-satu aliran persilatan atau untuk bermegah dalam istilah itu?
Perlu
di ingatkan adalah istilah khatam ini adalah tamat dalam silibus yang
telah ditetapkan oleh sesebuah persilatan dan ia bukan istilah
tamat.Tiada yang tamat selagi nadi masih berdenyut..
Juga
seperti khatam al-quran yang di idam-idamkan semasa zaman kanak dulu
,berkejar-kejar untuk khatam,akhirnya selepas khatam, kitab al-quran
langsung tidak disentuhnya,bila dewasa baca pun merangkak-rangkak
tergagap dan tajuidnya langsung tidak kedengaran..
KHATAM
ITU ADALAH PENGUASAAN ANDA PADA KESELURUHAN SILIBUS MENGIKUT ISTIHADAT
PERSILATAN MELAYU,ANDA TELAH BERJAYA MENGUASAINYA..TAPI IA PERLU ADA
LATIHAN DAN SENTIASA BERSEDIA.
IBARAT
MENYIMPAN PARANG, JIKA TIDAK DIASAH,SEMAKIN LAMA DITINGGALKAN SEMAKIN
IA BERKARAT DAN TUMPUL.APABILA HENDAK DIGUNAKAN TIDAK LAGI MEMBERI
MANFAAT..
Wallahualam
bissawab...mudah-mudahan anda dapat memahami istilah khatam itu..Untuk
apa ilmu itu adalah bekalan semasa diperlukan,jika bekalan tidak
disediakan sudah tentu kita akan kerugian nanti..Kerana bahannya ada
tetapi tidak sediakan.