About Me

My photo
Cikgu Idris Bin Mohamed O129707554 Maybank - 1-6205-8687-184 Bank Islam - 1-2234-0200-8468-6 Pendaftaran sentiasa terbuka kepada Kelas Dewasa, Remaja dan Kanak-Kanak

Sunday, November 6, 2011

SEJARAH PENUBUHAN

            SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA adalah diasaskan oleh Guru Utama En. Idris Bin Mohamed. Hasil daripada pengalaman beliau dalam dunia persilatan dan beladiri semenjak dibangku sekolah rendah lagi. Silat ini adalah gabungan daripada Silat melayu,kuntau dan juga tomoi. Gabungan ini adalah untuk memantapkan lagi pukulan, membina fizikal yang mantap serta mengekalkan tari silat melayu sebagai adat bagi memartabatkan seni warisan melayu supaya ia tidak di tenggelam dek zaman.

SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA di tubuhkan pada Januari 2011 hasil daripada mesyuarat ahli jawatan kuasa organisasi mendapat kata sepakat untuk di daftarkan di bawah Kementerian Belia dan Sukan sebagai sukan seni silat dan olahraga.Ini adalah bertujuan untuk mendidik anak-anak muda mendekatkan diri di dalam arena sukan silat juga menggalakkan anak muda minat dalam seni warisan melayu supaya tidak pupus.
             
           Gelanggang utama telah dibuka di halaman rumah kampung kenangan puchong dan telah bergiat membuat latihan 2 kali seminggu. SILAT PULUT KUNTAO LAKSAMANA juga telah melahirkan jurulatih dan telah membuka cawangan di Muar,Skudai (Johor), Puchong Selangor dan Bangi Kuala Lumpur. Kami menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan konsep amalan hidup sihat, mengelakkan budaya kurang sihat dikalangan remaja dan juga memupuk semangat 1 Malaysia sebagai keharmonian perpaduan dalam masyarakat.

No comments:

Post a Comment